Jabatan Laut mengunakan RM253.06 juta untuk membina 9 Marina untuk karpal rekrasi

Salah satu Laporan Ketua Audit Negara 2009 terhadap Kementerian Pengangkutan:

“Bagi tempoh tahun 2002 hingga 2009, Jabatan Laut Semennanjung Malaysia (JabatanLaut) telah diluluskan peruntukan berjumlah RM309.41 juta untuk projek pembinaan marina dan pembangunan infrastruktur yang dijangka dapat menggalak serta meningkatkan pertumbuhan aktiviti rekrasi di kalangan pemilik kapal rekrasi tempatan dan luar negara. Sehingga tahun 2009, Jaabatan Laut telah mebina 9 marina melibatkan kos berjumlahRM253.06 juta (81.8%).

Pengauditan yang dijalankan antara Jun hingga Oktober 2009 mendapati beberapa kelemahan dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap projek pembinaan dan pengurusan marina awam. Antara kelemahan yang diperhatikan adalah marina yang telah lama disiapkan masih tidak beropersasi dan dimanfaatkan mengikut objektif pembinaannya; kemudahan yang dibangunkan memlebihi keperluan serta bangunan dan peralatan tidak disenggarakan dengan baik.

Adalah didapati Jabatan tidak memulakan operasi marina sebaik sahaja projek disiapkan di Marina Muar, Pulau Toman dan Tanjung Gemok hanya beroperasi antara tempoh 1 hingga 4 bulan selepas ia disiapkan. Marina di Kuala Kedah, Pulau Mentagor dan Pulau Indah pula masih belum beroperasi semasa lawatan Audit dijalankan pada bulan Ogos dan Oktober 2009.”

Read more

Teks Ucapan Belanjawan Bajet 2011- “Please do not leave bananas to the monkies”

Teks ucapan Belanjawan Bajet 2010 oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju pada Oktober 2010 Datuk Yang DiPertua Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian untuk membahas Rang Undang2 Pembekalan 2011 YAB PM bertemakan Bajet 2011