Hansard : 16 Disember 2010 [Khamis]
Dewan Rakyat
Tuan Yang di-Pertua : Yang Berhormat Wangsa Maju. Boleh dalam limit minit?
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Mungking tiga, empat minit, kalau tidak dikacau. Sekarang ini orang memang tak kacau. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya Nampak Tuan Yang di-Pertua amat sabar dalam keadaan tadi. Di dalam Dewan ini menunjukkan bahawa kita ini sama di Taiwan cuma kita belum lempar kerusi sahaja sebabnya kerusi tidak boleh dibawa untuk dibuang.