Bernama TV gives BERNAMA 33% free shares and it is free to use the name “BERNAMA”!
BERNAMA now suing Bernama TV to recover debts says Minister of Information, Communication and Culture.
Bernama TV memberi BERNAMA 33% daripada sahamnya secara percuma dan bebas menggunakan nama
YB Datuk Rais yatim, I am very disappointed with your answer on Bernama TV. For 33% free shares, Bernama sold its sould to Bernama TV. what a stupid act! No corporate entity will allow any company to use their trade name. Only the stupid director of Bernama will do it.
The Board of Directors of Bernama should all be sacked for failing to protect Bernama\’s name and assets.
Salam Sejahtera,
Yang Berhormat YB Wee
Kami warga perkhidmatan audio visual/bernama tv ingin meluahkan rasa tidak puas hati dengan pengurusan bernama yang membuat keputusan drastik terhadap kami yang terpaksa ditukarkan ke beberapa jabatan mengikut kepakaran masing2. Mulai 1/8,ada yang terpaksa pergi ke RTM dan beberapa jabatan tertentu di BERNAMA. Masalahnya penukaran tempat2 tersebut di buat dalam jangka masa 3 hari sahaja.
Secara asas kami bersetuju ditukarkan untuk memberi tekanan kepada btv synergy,cuma keputusan ini yang secara drastik melibatkan masalah2 terutama kepada mereka yang ditukarkan ke RTM.YB Wee ada sesetengah petugas perkhidmatan audio visual yelah bertugas di Bernama lebih 12 tahun, terpaksa menanggung kos akibat terpaksa berpindah ke RTM.Kata mereka ini adalah sementara, tetapi setelah banyak kali kami dijanjikan banyak harapan akhirnya kami yang menjadi mangsa.
Contoh yang paling terdekat adalah pengambilan bernama tv synergy terhadap bernama tv setahun yang lalu. Daripada awal kami sedar nasib kami masih terumbang ambing…. dan ternyata andaian kami benar. Mengikut prosedur bernama tv tidak boleh diswastakan, tetapi Pengurus BERNAMA dulu, Datuk Seri Azman Ujang tidak mempedulikan nasib kami.Bila jadi seperti ini, beliau hanya mendiamkan diri.Seperti beliau tidak terbabit dalam perjanjian dengan bernama tv synergy.dan di BERNAMA tiada siapa yg berani berkata apa2.sampai bila kami akan ditendang seperti bola?
Tidakkah SPRM mahu menyiasat apa yang sebenarnya terjadi di antara Datuk Azman Ujang dengan 3 pihak mewakili bernama synergy?Cuba YB bayangkan sekiranya bernama yang memiliki semua studio, kamera,set, peralatan, kakitangan hanya memiliki 33 peratus, sedangkan pemegang saham yang lain mempunyai 67 peratus. Secara matematik yang mudah kalau terjadi apa2 pihak bernama tidak boleh berbuat apa2? dan ternyata telahan ini benar. Pihak bernama tidak boleh mengambil alih btv sewenang2nya. dan menurut GM bernama baru encik Hasnul Hassan, pihak btv synergy memang berkeras untuk tidak melepaskan bernama tv. Sehingga kini bernama synergy telah berhutang dengan dgn bernama hampir 15 juta.
Yang memusykilkan kami petugas bernama, akibat keputusan yang bodoh di buat oleh seorang bekas GM BERNAMA, akibatnya kami yang menjadi mangsa keadaan. Sampai bila perkara ini akan berlaku?
Adakah dengan menukarkan kami terutama beberapa rakan2 ke RTM tanpa memberi pilihan untuk kami ada keputusan yang betul? bayangkan selama ini ada yang telah berkhidmat 10 tahun di BERNAMA tiba2 terpaksa mengikut arahan RTM tanpa di ajak berunding? Cara bekerja dan budaya bekerja di RTM, adalah sangat berbeza, dan amat malang sekali petugas Bernama yang di tukar kan akan dianaktirikan? Setalah berjasa lebih 10 tahun tiba2 menendang mereka ke RTM adalah satu keputusan yang bijak. Ini kah cara BERNAMA melayan kami?
Kami berharap pengurusan BERNAMA mengambil kira masalah2 mereka ini. membuat pemilihan mengikut sukarela dan sesiapa yang sukarela ke RTM akan diberi tambahan elaun untuk menampung kos rumah dan pengangkutan yg bertambah. Saya percaya dengan cara begini lebih adil dan dibuat secara sukarela.
Apakah jaminan mereka yang ke RTM akan kembali ke bernama? sejak dari dahulu lagi bila bertukar pengurusan, janji2 yang diberi akan tinggal janji. Azman Ujang tidak mahu bertanggungjawab dengan kemusnahan yang telah dibuat. Encik Hasnul hanya kontrak 2 tahun disini…. apakah selepas tamat kontrak gm baru yang mendatang akan mengikut apa yang dikatakan oleh Encik Hasnul sebelum ini?
Akhirnya kami seperti bola bila tidak suka akan ditendang mengikut kehendak GM2 baru?
Alangkah malangnya Bernama yang gah di luar tetapi di dalam ibarat indah khabar dari rupa.Harap YB Wee dapat mengenengahkan perkara ini ke Parlimen..Sekian terima kasih.
July 29, 2009 at 3:47 am Anonymous
Salam sejahtera,
Saya mengucapkan terima kasih kepada sdr/sdri kerana memberi komen/maklumat kepada saya. Saya bersimpati dengan sdr/sdri dalam perkara ini. Saya akan menyiasat perkara ini. Selepas siasatan, saya akan bawah perkara ini ke Parlimen kerana tindak tanduk pegawai Bernama mengenai denganperkara ini tidak boleh diterima langsung.
Jikalau sdr/sdri ada maklumat baru mengenai perkara ini sila e-mel kepada saya melalui: weechookeong@gmail.com
Terima kasih dan selamat malam.
Wee choo keong