Questions Time: 06 April 2011 Mins of Information, Communication & Culture: ASTRO no monopoly

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

[ WANGSA MAJU ]

TARIKH : 6 APRIL 2011

SOALAN :

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan memandangkan bahawa Astro adalah anak syarikat kepada sebuah syarikat asing dan telah mengaut untung bersih sebanyak RM689 juta bagi tahun 2010 daripada 2.911 juta langganan (yang merangkumi langganan 1.7 juta dari kaum Melayu, 670,000 dari kaum Cina, 319,000 dari kaum India dan 222,000 dari kaum lain-lain).

a) adakah Kementerian bercadang untuk mengawal dan mengurangkan yuran bulanan yang terlalu tinggi dari Astro dan

b) adakah Kementerian bercadang untuk meluluskan peraturan baru untuk menyekat monopoli ke atas program-program popular seperti National Geographic, ESPN, Discovery, BBC, CNN dan lain-lain oleh ASTRO supaya program-program tersebut boleh dibuka untuk saluran TV prabayar lain serta menggalakkan persaingan.

Read more

Questions Time: 05 April 2011 BNM: kerosakan wang kertas – kurang jelas dan luntur

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Kewangan menyatakan kerugian terperinci yang mana Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa menanggung kerugian besar akibat kesalahan dalam pencetakan wang kertas Malaysia, yang menimbulkan masalah kekurangan wang kertas baru untuk Perayaan Tahun Baru Cina, serta memberi nama agensi atau syarikat yang dilantik untuk menguruskan kerja pencetakan wang oleh Thomas de la Rue di UK dan mengapakah BNM tidak menuntut pampasan dari syarikat yang dilantik.

Read more

Questions Time: Sessi November 2010: Kos konsultan dibayar oleh Khazanah Bhd

DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG

( WANGSA MAJU )

PERTANYAAN : BERTULIS

TARIKH : 11.10.2010 – 15.12.2010 (This question should have been answered in November 2010. After I have raised it in Parliament last week and it was only given yesterday. This is what the government called “Pencapaian DiUtamakan”!)

Tuan Wee Choo Keong ( Wangsa Maju ) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kos konsultansi yang dibayar oleh Khazanah Nasional Berhad untuk semua projek sejak tahun 2003 memberikan butiran dengan nama firma perunding terhadap projek, jumlah dan tarikh.

Read more