Three new stockbroking licences to be issued to eligible local, foreign or joint venture companies

Tek ucapan perbahasan Ahli Parlimen Wangsa Maju, YB Wee Choo Keong, peringkat Jawatankuasa (Committee Stage) terhadap Belanjawan 2011 Maksud Beklan Maksud B10, Kementerian Kewangan, di bawah Kod 10000, Butiran 010100 dan 010300 pada 11 November, 2010.

3 LESEN BROKER SAHAM BARU UNTUK SYARIKAT-SYARIKAT TEMPATAN, ASING DAN USAHASAMA YANG LAYAK BAGI MENINGKATKAN PENYERTAAN DALAM PASARAN RUNCI

Datuk Pengurusi,

Pengumuman di atas yang telah diumumkan oleh YAB PM pada Jumaat, 15 Oktober yang lalu adalah bersesuaian dan tepat pada masanya untuk merancakkan lagi pembangunan dan menambah daya tarikan kepada Bursa Malaysia. Saya menyokong cadang YAB PM ini dengan syarat (conditional).

Walaubagaimanapun, saya percaya bahawa industri broker saham dikejutkan dengan polisi baru setelah ia melalui proses penggabungan yang melibatkan kos yang tinggi sepanjang 10 tahun yang lepas di bawah polisi Bursa Malaysia (SC) yang lalu, di mana polisi tersebut secara aktifnya telah mengurangkan bilangan syarikat-syarikat broker saham untuk menguatkan lagi industri tersebut. Di bawah polisi tersebut, 67 syarikat broker saham telah dikurangkan kepada separuh.

Sehingga kini, syarikat-syarikat broker saham di Malaysia telah membelanjakan lebih daripada RM2 billion untuk memenuhi polisi SC untuk proses penggabungan tersebut.

Pemilik syarikat asing keluar dari Malaysia dengan keuntungan yang banyak

Datuk Pengurusi,

Antara pemilik syarikat asing yang telah menjual kepentingan mereka dalam syarikat-syarikat broker saham kepada rakyat Malaysia dengan keuntungan yang berganda di bawah polisi SC tersebut adalah 3 syarikat broker saham dari Singapura; adalah seperti di bawah:

  1. OCBC Securities, telah menjual 30% kepentingannya di dalam OCBC Securities Sdn. Bhd. di Melaka pada tahun 2000. Syarikat ini telah dijual dengan harga RM350 juta. OCBC Securities telah menerima RM105 juta.
  1. Kim Eng Securities, telah menjual 47% kepentingannya di dalam KE-Zan Securities Sdn. Bhd. di Pulau Pinang pada tahun 2000. Syarikat ini telah dijual dengan harga RM200 juta. Kim Eng Securities telah menerima RM94 juta.

2.

1 thought on “Three new stockbroking licences to be issued to eligible local, foreign or joint venture companies”

  1. Of course Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Awang Adek, has to berseuju dengan cadangan YB Wee .

    Anyway this is our 5th Topic . Qualifications to read it :
    No need SPM , just make sure dont have heart attack

    http://www.thoughts.com/oneyear12topic/penang-happy-budget

    Our Comment : If state government expected to collected only RM 385 mil , means after less expenses ( 493.1 mil + 557.25 mil ) = 1050.35 mil , the deficit budget is not RM 107.78 mil , but RM 665.35 mil . Oh ! Merry-go-around Accounting 665.35 mil tolak ( state accumulated savings totalling RM538.95mil at the end of 2009 ) = deficit RM 126.4 mil ( lebih kurang accounting concept , tak mahu kira lagi ) = tally as what LGE cakap = deficit RM 107.78 mil .

    Anyway if 2011 budget is to be financed by state accumulated savings at the end of 2009 , then 2010 budget deficit financed by who ???? LGE derma ????

Comments are closed.