Parliament Questions Time, 19 February 2009

Grading of Session Court Judges …

Soalan:
(PR-1221-L17760)

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah 30 orang Hakim Mahkamah Seksyen hanya di naik pangkat kepada Gred Khas C manakala Timbalan Pendakwa Raya yang tempoh perkhidmatan lebih singkat telah dinaikkan ke Gred Utama C dengan gaji dan elaun yang lebih tinggi dan adakah hakim ini di diskriminasi supaya mereka akan akur kepada Kerajaan.

Jawapan: ( OlehYB Dato’ Mohd. Johari bin Baharum)

Penyadang jawatan Gred Utama dalam sector awam melaksanakan tugas hakikinya dan pada masa yang sama melaksanakan tugas-tugas hakiki berdasarkan kepakaran.

Dari segi kemajuan kerjaya, tiada discriminasi yang wujud kerana penyadang-peyandang kedua-dua jawatan ini (Hakim Mahkamah Sesyen dan Timbalan Pendakwa Raya) berada dalam skim perkhidmatan yang sama iaitu Perkhidmatan Pegawai Undang- Undang dan terletak di bawah ketua perkhidmatan yang sama iaitu Peguam Negara.

2 thoughts on “Parliament Questions Time, 19 February 2009”

Comments are closed.