Manifesto Warisan P116 – Wangsa Maju – PRU 15

Warisan marching to the Nomination Centre of P116
Six contestants for P116

Sejak sekian lama saya telah menerima seruan daripada semua bangsa dan lapisan masyarakat untuk memakbulkan satu MALAYSIA yang lebih baik dan saya berbangga untuk dipilih oleh Parti Warisan untuk bertanding di Wangsa Maju. Selaku calon bagi P116 Wangsa Maju, saya amatlah berbangga untuk berkongsi dengan anda, manifesto saya untuk PRU-15 ini. Dengan rendah diri saya amatlah bergantung kepada sokongan anda bagi merealisasikan manifesto saya ini.

Sekian, Terima Kasih

Versi Mandarin dan Ingeris di bawah.

Manifesto Wee Choo Keong bagi PRU-15 2022

Wee Choo Keong, calon parti WARISAN bagi Parlimen Wangsa Maju

Setelah menerima seruan daripada semua bangsa dan lapisan masyarakat untuk memakbulkan satu MALAYSIA yang lebih baik di mana setiap warganegara Malaysia boleh memenuhi dan mencapai cita-cita dan aspirasinya, saya berhasrat, terutamanya bagi setiap warganegara Malaysia generasi muda, agar golongan ini mendapati kerjaya dan upah / gaji yang setaraf dan setimpal dengan tahap pengetahuan dan kemahiran masing-masing di mana mereka mendapatkannya daripada institusi pengajian tinggi mereka.

Bagi tempoh 4 tahun yang lalu, Malaysia telah dibebankan dan dimasalahkan dengan pelbagai isu rampasan / rebutan kuasa dan agenda individu-individu untuk menjadi Perdana Menteri dan Menteri-menteri tanpa mengira dan menjaga kebajikan dan kesusahan yang dialami oleh rakyat jelata. Sebagai contoh, semasa Ringgit Malaysia telah menjunam berbanding dengan Dollar Amerika Syarikat (RM4.88 kepada 1 USD), keadaan ekonomi yang semakin teruk ditambahkan dengan kenaikan kadar faedah secara mendadak dan berterusan oleh Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan kita berupaya menyatakan bahawa keadaan tersebut adalah biasa. Hal ini jelas terserlah bahawa Kementerian Kewangan kita ini langsung tidak menunjukkan sikap empati terhadap kesusahan yang ditimpa oleh Rakyat!

Kesemuanya ini menunjukkan kewujudan sebuah

1 thought on “Manifesto Warisan P116 – Wangsa Maju – PRU 15”

  1. We Rakyat Supporting For
    Candidate For P116 Wangsa
    Maju YB WEE CHOO KEONG
    For Warisan Party
    Best Wishes to you Datuk
    Needs To Improve P116 Before PRU 13,14,
    Future We Depends To This
    GE15,

Comments are closed.